MATERI KELAS 4 5 DAN 6 PUASA

MATERI KELAS 4 5 DAN 6
PUASA



Pengertian, Syarat dan Rukun Puasa
Apa itu Puasa?



Puasa ialah menahan diri dari makan dan minum serta melakukan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai dari terbit fajar sehingga terbenamnya matahari.

Hukum Puasa




Hukum puasa terbagi kepada tiga iaitu :


  1. Wajib – yang harus dilakukan saat puasa.
  2. sunat– tambahan pahala puasa.
  3. Haram– yang membatalkan puasa. 


Syarat Wajib Puasa


  1. Beragama Islam
  2. Baligh(telah mencapai umur dewasa)
  3. Berakal
  4. Berupayauntuk mengerjakannya.
  5. Sihat
  6. Tidakmusafir


Rukun Puasa



Niat mengerjakan puasa pada tiap-tiap malam di bulan Ramadhan(puasa wajib) atau hari yang hendak berpuasa (puasa sunat).

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ عَنْ اَدَاءِ فَرْضِ شَهْرِ رَمَضَانَ هذِهِ السَّنَةِ ِللهِ تَعَالَى


"Nawaitu shauma ghodin 'an adaa'i fardhi syahri romadhoona hadihis-sanati lillahi ta'aalaa."

Artinya: "Saya niat berpuasa esok hari untuk menunaikan kewajiban di bulan Ramadan tahun ini, karena Allah Ta'ala."

Waktu berniat adalah mulai daripada terbenamnya matahari sehingga terbit fajar.

Meninggalkan sesuatu yang membatalkan puasa mulai terbit fajar sehingga masuk matahari.

Syarat Sah Puasa


  1. Beragama Islam
  2. Berakal
  3. Tidakdalam haid, nifas dan wiladah (melahirkan anak) bagi kaum wanita
  4. Hariyang sah berpuasa.

Sunat Berpuasa



  1. Bersahurwalaupun sedikit makanan atau minuman
  2. Melambatkanbersahur
  3. Meninggalkanperkataan atau perbuatan keji
  4. Segeraberbuka setelah masuknya waktu berbuka
  5. Mendahulukanberbuka daripada sembahyang Maghrib
  6. Berbukadengan buah tamar, jika tidak ada dengan air
  7. Membacadoa berbuka puasa
اللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَعَلى رِزْقِكَ أفْطَرْتُ ذَهَبَ الظَّمأُ وابْتَلَّتِ العُرُوقُ وَثَبَتَ الأجْرُ إِنْ شاءَ اللَّهُ تَعالى

Allâhumma laka shumtu wa 'alâ rizqika afthartu dzahaba-dh-dhama'u wabtalatil 'urûqu wa tsabatal ajru insyâ-allâh ta'âlâ

Artinya, "Duhai Allah, untuk-Mulah aku berpuasa, atas rezekimulah aku berbuka. Telah sirna rasa dahaga, urat-urat telah basah, dan (semoga) pahala telah ditetapkan, insyaaallah."

Perkara Makruh Ketika Berpuasa


  1. Selalu berkumur-kumur
  2. Merasamakanan dengan lidah
  3. Berbekamkecuali perlu
  4. Mengulumsesuatu

Hal yang membatalkan Puasa


  1. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan
  2. Muntahdengan sengaja
  3. Bersetubuhatau mengeluarkan mani dengan sengaja
  4. kedatanganhaid atau nifas
  5. Melahirkananak atau keguguran
  6. Gilawalaupun sekejap
  7. Mabukataupun pengsan sepanjang hari
  8. Murtad atau keluar daripada agama Islam


Hari yang Disunatkan Berpuasa


  1. Hari Senin dan Kamis
  2. Hariputih (setiap 13, 14, dan 15 hari dalam bulan Islam)
  3. HariArafah (9 Zulhijjah) bagi orang yang tidak mengerjakan haji
  4. Enamhari dalam bulan Syawal


Hari yang diharamkan Berpuasa



  1. Hari raya Idul Fitri (1 Syawal)
  2. Hariraya Idul Adha (10 Zulhijjah)
  3. Harisyak (29 Syaaban)
  4. HariTasrik (11, 12, dan 13 Zulhijjah)

Komentar